Rejab
bulan ketujuh dalam kalendar Hijrah. Di negara kita, apabila masuk bulan Rejab,
maka banyak orang memperkatakan tentang fadilat melakukan ibadat dalam bulan
Rejab, terutama berpuasa sunat.
Dibacakan
hadis menceritakan fadilat puasa pada Rejab. Contohnya ada riwayat menyatakan
berpuasa satu hari pada Rejab ganjaran pahalanya menyamai puasa 40 tahun dan
diberikan syurga paling tinggi.
Jika
berpuasa dua hari, pahalanya dilipat gandakan, manakala amalan pahala pada 27
Rejab sama dengan pahala 40 bulan. Kalau dibuat pula sedekah pada hari
berkenaan, pahalanya menyamai 1,000 tahun. Begitulah seterusnya.
Adakah
benar ada maksud hadis sedemikian? Kalangan ulama hadis mengkategorikan hadis
fadilat Rejab ialah daif, sangat daif dan maudhuk (palsu).
Antara kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya yang bersumberkan hadis palsu ialah:
i. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.
ii. Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu Bakar Muhammad bin Hasan al-Naqqash. Dalam rantaian pelapor hadis ini juga terdapat individu yang tidak dikenali seperti al-Kassa'i.
iii. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala zikir. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.
iv. Sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya pahala berpuasa sebulan. Sesiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka. Sesiapa berpuasa lapan hari, Allah membuka baginya lapan pintu syurga. Sesiapa berpuasa setengah bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya memperoleh keredaanNya, sesiapa yang ditulis baginya keredaanNya, orang itu tidak akan diazab.
Sesiapa yang berpuasa sebulan Rejab, Allah akan menghisab orang itu di padang Mahsyar dengan hisab yang mudah. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Aban bin Abi 'Iyash. Laporan-laporan lain yang menjelaskan kelebihan berpuasa mengikut bilangan hari di bulan Rejab juga laporan palsu, antaranya direka oleh Uthman bin Matar, Harun bin 'Antarah, dan Farrat bin al-Sa'ib.
Sesiapa yang berpuasa sebulan Rejab, Allah akan menghisab orang itu di padang Mahsyar dengan hisab yang mudah. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Aban bin Abi 'Iyash. Laporan-laporan lain yang menjelaskan kelebihan berpuasa mengikut bilangan hari di bulan Rejab juga laporan palsu, antaranya direka oleh Uthman bin Matar, Harun bin 'Antarah, dan Farrat bin al-Sa'ib.
v. Sesiapa sembahyang maghrib pada hari pertama bulan Rejab, kemudian selepas itu dia bersembahyang sunat 20 rakaat dengan sepuluh kali salam, setiap rakaat dibaca surah al-Fatihah dan selepas itu membaca surah al-Ikhlas sekali, adakah kamu tahu pahalanya? Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu al-Husayn bin Ibrahim.
Setelah
mengetahui ia hadis palsu, tidak perlu lagi kita meneruskan amalan berdasarkan
kepada hadis palsu itu.
Bagi
mereka ingin meneruskan amalan berpuasa pada bulan Rejab, tiada halangan, namun
bukan kerana terpengaruh dengan hadis palsu.
Dalam
amalan berpuasa, ada hadis sahih menerangkan puasa sunat. Contohnya puasa tiga
hari setiap bulan. Hadis ini ada dalam riwayat Imam Muslim.
Antara
amalan Nabi Muhammad SAW ialah berpuasa pada Isnin dan Khamis seperti riwayat
Imam Muslim. Begitu juga puasa pada hari putih iaitu 13, 14 dan 15 setiap bulan
seperti diriwayatkan Sunan Abi Daud.
Oleh
itu, berpuasalah pada Isnin dan Khamis. Juga berpuasa pada 13, 14 dan 15 Rejab.
Dalam puasa sunat ini pun, bilangannya sudah 10 hari.
Bagi
yang sudah lama beramal dengan fadilat Rejab, namun kini mungkin diyakininya
hadisnya tidak sahih, jangan bersedih. Amalan baik yang dibuat insya-Allah
tidak akan sia-sia.
Hendaklah
disedari bahawa Allah SWT itu sifat-Nya Maha Pengampun. Rahmat Allah SWT
meliputi segala sesuatu. Sudah tentu hasil jerih seseorang insan beribadat
sekadar kemampuan yang ada akan diganjari.
Firman
Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala
golongan yang berbuat baik.” (Surah at-Taubah: 120).
Justeru,
hadis-hadis palsu mengenai Rejab ini hendaklah dihentikan dari disebarkan ke
dalam masyarakat. Kita perlu kembali kepada agama yang tulen.
Agama
kita rujukannya ialah al-Quran dan al-sunah yang dipastikan kesabitannya
mengikut yang diputuskan oleh para ulama hadis.
No comments:
Post a Comment