Saturday, 16 December 2017

KAMPUNG PENGKALAN PETAH TAWANG

 
Di Kelantan, nama Tok Bali terkenal sebagai pusat pendaratan ikan terbesar. Malah, nama ikan Tok Bali begitu sinonim dengan rakyat Kelantan sebagai tanda ia bekalan ikan segar.   
 
Namun tidak ramai yang sedar, selain Tok Bali, Pengkalan Petah juga adalah pusat pendaratan ikan utama di Kelantan. Pengkalan Petah terletak di mukim Tawang, Bachok. 
 
Sebenarnya, sebahagian besar bekalan ikan segar di Kota Bharu diambil dari pusat pendaratan ikan di Pengkalan Petah, kerana ia lebih dekat dari Kota Bharu. Jarak dari Kota Bharu kira-kira 15 km. 
 
Lokasi dijadikan tempat pendaratan ikan sekarang sebenarnya sebahagian daripada kawasan yang dicadangkan untuk membina pelabuhan komersial di Kelantan. 
 
Bagaimanapun, cadangan itu tidak diteruskan disebabkan tidak sesuai dari segi geografi dan pengaruh cuaca di mana kawasan itu mengalami kesan musim tengkujuh yang mungkin menganggu operasi pelabuhan. 
 
Pengkalan Petah sesuai dijadikan pusat pendaratan ikan kerana terdapatnya benteng pemencah ombak dan sungai yang didalamkan. Bot dan perahu nelayan, termasuk kapal nelayan laut dalam yang lebih besar dapat memasuki Sungai Kemasin dan seterusnya mendaratkan ikan di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). 
 
Pusat pendaratan ikan di Pengkalan Petah memberi kemudahan kepada nelayan di jajahan Bachok dan Kota Bharu. Ia dapat mengurangkan kesesakan di pusat pendaratan ikan di Tok Bali dan Kuala Besar.  

No comments:

Post a Comment