Saturday, 2 June 2018

KHASIAT GULA KABUNG UNTUK KESIHATAN

Gula kabung adalah manisan yang dibuat menggunakan nira atau tuak pokok kabung. Gula kabung seakan-akan sama dengan gula melaka, gula pokok nipah dan gula pokok tar. Kesemua jenis pokok itu dalam kategori pokok palma yang boleh menghasilkan tuak atau nira mengikut proses tertentu. Pokok kabung juga dipanggil pokok enau, pokok aren dan pokok kantau (kantor).

Nira pokok kabung dihasilkan dari tangkai atau tandan bunga jantan. Kaedah atau cara untuk menghasilkan nira kabung, hampir sama cara mendapatkan nira nipah.

Air nira kabung yang ingin dibuat gula kabung biasanya dimasak menggunakan kawah kerana mudah untuk mengacau. Mengacau memasak gula kabung sama seperti mengacau membuat dodol. Bezanya masa mengacau gula kabung lebih singkat.

Air nira kabung yang dimasak perlu dikacau sehingga pekat dan berwarna coklat kmerahan. Setelah betul-betul pekat ia perlu segera dimasukkan ke dalam acuan daun mengkuang yang berbentuk bulat untuk dikeraskan. Proses pengerasan hanya kira-kira 5 minit selepas diambil dari kawah.

Keenakan gula kabung memang tiada tandingannya kerana rasa manisan itu berbeza dengan gula biasa yang diperbuat daripada tebu. Rasa gula yang enak dan tidak terlalu manis menjadikan menyebabkan gula kabung menjadi pilihan di dalam masakan tradisional seperti dodol, kuih-muih atau dijadikan manisan untuk minuman.

Gula kabung boleh menggantikan gula biasa atau gula tebu. Gula kabung mengandungi kandungan glukosa yang lebih rendah berbanding gula pasir. Selain itu gula kabung kaya dengan Vitamin C, Thiamine, Nicotinic acid, Riboflavin, Ascorbic acid dan zat protein.

Memandangkan kepada kandungan zat galian dan nutrisinya yang tinggi, maka gula kabung amat sesuai bagi pengidap diabetes, lelah atau asma, anemia atau kurang darah, mereda panas pankreas, membantu pertumbuhan gigi dan tulang, menghalang kegemukan dan baik untuk proses pembesaran kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment