Sunday 3 October 2021

NELAYAN TRADISIONAL KAMPUNG PANTAI SENOK

 
Kampung Pantai Senok, Bachok adalah sebuah kampung nelayan tradisional. Kedudukan kampung tersebut di muara Sungai Pengkalan Datu memberi kemudahan kepada nelayan untuk keluar menangkap ikan dan pulang membawa hasil tangkapan.  
 
Kedudukan Kampung Pantai Senok dipisahkan oleh Sungai Pengkalan Datu dengan sebuah lagi perkampungan nelayan tradisional yang terletak di jajahan Kota Bharu, iaitu Kampung Tanjung Kuala Sabak. 
 
Kebanyakan nelayan di Pantai Senok menggunakan perahu kecil berenjin galah untuk ke laut mencari rezeki. Hanya terdapat segelintir nelayan menggunakan bot menangkap ikan yang lebih besar. 
 
Bot-bot nelayan diletakkan di tepi sungai yang dibina benteng. Suasana damai dan menarik pandangan. 
 
Nelayan akan keluar ke laut pada awal pagi dan pulang menjelang petang. Jadi, sesiapa yang berkunjung di situ dapat melihat nelayan menaikkan hasil tangkapan masing-masing.

No comments:

Post a Comment