Terdapat
nama yang tiada kaitan langsung dengan itik, tetapi menggunakan nama
itik. Nama yang ada perkataan itik ialah ubi itik, kacang itik, kaki itik
dan kuih tahi itik.
Mengapa
perkataan itu digunakan untuk nama yang tiada kaitan dengan itik? Mungkinkah
kerana rupanya ada iras dengan bahagian tertentu itik?
Mari
kita kenal atau 'selidik' mengapa menggunakan nama itik.
Ubi
itik. Sejenis pokok yang menjalar, biasanya petani akan membuat junjung agar
pokok boleh membesar dan mendapat cahaya matahari secukupnya.
Pokok
ubi itik akan menghasilkan ubi pada bahagian akarnya. Bentuk ubi akan kembang
macam kipas tangan atau seperti kaki itik. Mungkin kerana itulah dinamakan ubi
itik.
Kacang
itik. Sejenis pokok kacang yang juga sifatnya menjalar memanjat objek yang ada
berhampirannya. Jika menanam kacang itik, pastikan membuat junjung atau para
bagi membolehkan pokok menjalar subur dan mengeluarkan buah.
Isi
kacang itik apabila digoreng akan kering atau kecut. Bahagian isi atau biji
kacang apabila dibelah dua akan nipis dan seakan-akan selaput pada kaki itik. Mungkin
itulah sebabnya dinamakan kacang itik.
Kaki
itik. Kaki itu ialah sejenis alat yang direka seperti selaput kaki itu untuk
kegunaan penyelam. Kaki itik akan dipakaikan di kaki seperti memakai kasut atau
selipar. Apabila kaki digerakkan, ia akan memberi tujahan yang lebih untuk
melajukan pergerakan berenang.
Berdasarkan
kepada rupanya dan fungsinya, maka alat itu dinamakan kaki itik.
Kuih
tahi itik. Ia sejenis kuih yang terkenal di Kelantan. Dibuat menggunakan telur
putih, bentuk atau struktur kuih seakan-akan tahi itik. Maka itu ia dikenali
kuih tahi itik.
Kepala itik. Ditujukan kepada ahli politik yang sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik peribadi. Biarpun kepalanya tinggi, tetapi sanggup menyudu dalam apa keadaan sekalipun.
No comments:
Post a Comment