Melawi
adalah nama salah satu daerah di jajahan Bachok. Nama Melawi juga digunakan untuk Pantai Melawi, Mukim Melawi dan Mukim Kuala Melawi. Ada tempat dikenali Cabang Tiga Melawi. Dengan kata lain perkataan 'melawi' digunakan untuk nama pantai, mukim dan daerah.
Daerah Melawi sekarang ini semakin dikenali
sebagai destinsi pelancongan pantai. Banyak kawasan pantai di Melawi menjadi
kunjungan ramai, termasuklah Pantai Melawi yang telah dibangunkan sebagai
pantai rekreasi awam. Kebanyakan kawasan lain diuruskan oleh pihak swasta
sebagai kawasan resort atau chalet.
Sejarah
nama Melawi, dikatakan berasal atau mengambil nama tempat asal seorang pendekar
yang mempunyai ilmu persilatan dan kebatinan yang sangat tinggi lagaknya.
Pendekar
itu berasal dari tempat bernama Melawi di Kalimantan Barat, Indonesia. Beliau
berketurunan pahlawan diraja.
Wujud
pertelingkahan kuasa antara para pembesar di situ kerana masing-masing
dipengaruhi oleh sifat tamak haloba.
Bagaimanapun
pendekar ini tidak mahu campur tangan dalam perebutan tersebut dan membawa diri
ke tempat lain, yang kini dikenali dengan nama Melawi.
No comments:
Post a Comment