Friday 18 March 2022

APA HUKUM MEWARNA RAMBUT

  
Apa hukum mewarna rambut? Bolehkah mewarna rambut, yakni harus, atau ditegah mewarna rambut, yakni haram? Perkara ini perlu diberi perhatian agar tidak melakukan perkara ditegah dalam soal mewarna rambut. 
 
Wanita sanggup melakukan pelbagai cara untuk kelihatan cantik bagi mengejar kepuasan hidup. Ada di kalangan mereka yang tidak dilahirkan cantik akan membentuk diri menjadi cantik dengan pelbagai pengubahan penampilan diri termasuklah tubuh badan, muka dan rambut. 
 
Paling ketara sekali sekarang ini ialah trend mewarna rambut dengan pelbagai warna yang mengubah sama sekali penampilan muka sehingga menyebabkan ia merupai bangsa lain seperti wanita dari Barat. 
 
Pelbagai warna dari yang sinonim dengan warna asal rambut seperti dark blonde, dark blonde copper, chocolate brown, golden maroon, brown, mocha dan hazel ke warna-warna terang seperti merah, hijau, biru dan putih digunakan bagi mewujudkan penampilan matang dan bergaya. 
 
Jika sebelum ini, gaya mewarna rambut kebanyakannya dilakukan oleh selebriti seperti penyanyi, pelakon, model dan pengacara televisyen, trend yang sama kini menjadi ikutan wanita lain seperti suri rumah, golongan profesional, pekerja biasa, usahawan dan golongan muda. 
 
Inilah yang berlaku dalam perubahan penampilan rambut terutama pada masyarakat di rantau Asia yang rata-rata berambut hitam. Kini kita lihat air muka berwajah Asia tetapi rambut seperti masyarakat Barat, berwarna perang bagi menampilkan sesuatu gaya yang berlainan. 
 
Penggunaan seperti pewarna rambut berkimia dan inai menjadi mekanisme utama dalam mengubah warna rambut. Menjaga kecantikan memang digalakkan oleh Islam tetapi pelaksanaannya mestilah berlandaskan hukum syarak. 
 
Mewarna rambut bagi wanita hanya dibolehkan kepada mereka yang bersuami dan memakai tudung. Tujuan mewarna pula adalah untuk mencantikkan diri untuk suami dan mengeratkan tali perkahwinan itu dengan memperindahkan diri hanya untuk tontonan suami. 
 
Dalam Islam, ini dibenarkan kerana rambut yang diwarnakan bukan untuk tontonan orang lain dan ia bukan suatu yang kekal, hanya bertahan selama empat bulan sahaja atau sehingga tumbuh rambut baharu. Mewarna rambut tidak mengubah ciptaan Allah kerana ia tidak kekal.

No comments:

Post a Comment