Wednesday 23 March 2022

GUNUNG YONG YAP SEMPADAN KELANTAN PERAK

  
Menghayati keindahan panorama alam semula jadi dipenuh kehijauan hutan di puncak Gunung Yong Yap antara perkara yang diidamkan mereka yang gemar mendaki gunung. Mereka sanggup menempuh hiking (kembara berjalan kaki) selama dua hari satu malam untuk sampai ke puncak. 
 
Pendaki boleh memilih sama ada melalui laluan Sungai Rengil di Cameron Highlands ataupun laluan dari Kuala Gepeh di Kuala Mu, dekat Sungai Siput, yang juga dikenali sebagai Trek Legend untuk sampai ke puncak gunung itu. 
 
Gunung Yong Yap terletak di sempadan dua negeri iaitu Perak dan Kelantan, mempunyai ketinggian 7,110 kaki (2,167 meter) merupakan gunung keenam tertinggi di Semenanjung Malaysia. 
 
Jadi, Gunung Yong Yap termasuk dalam senarai gunung yang sebut sebagai G7. Enam lagi gunung yang termasuk dalam kategori G7 ialah Gunung Tahan, Gunung Yong Belar, Gunung Korbu, Gunung Gayong, Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat. 
 
Peminat tegar pendakian akan berusaha untuk melengkapkan pendakian mereka di ketujuh-tujuh gunung yang disenarikan sebagai G7 tersebut.

No comments:

Post a Comment