Tuesday, 26 July 2022

KAMPUNG PULAU GOREK, SUNGAI PINANG

  
Pulau Gorek. Satu daripada 33 pulau di delta Sungai Kelantan, Tumpat. Pulau Gorek sebaris dengan nama-nama pulau lain seperti Pulau Renjuna, Pulau Beluru, Pulau Gagak, Pulau Haji Nik Mat, Pulau Suri, Pulau Aur, Pulau Tongkang dan beberapa pulau lain. 
 
Pulau Gorek terbentuk antara dua sungai iaitu Sungai Kelantan dan Sungai Mak Neralang. Luas Sungai Mak Neralang agak kecil dan terdapat beberapa jambatan kecil menghubungkan dengan Pulau Gorek. 
 
Justeru, Pulau Gorek boleh dihubungi dengan tempat lain dengan menggunakan kenderaan darat. Jalan kampung menghubungkan kawasan sekitar sepertimana keadaan di kampung-kampung lain. 
 
Dengan kata lain, biarpun nama pulau, ia tidak menggambarkan keadaan pulau sepertimana pulau-pulau lain yang perlu menggunakan bot untuk pergi. 
 
Pulau Gorek ada masjid mukim yang digunakan untuk menunaikan solat Jumaat yang dikenali Masjid Mukim Pulau Gorek.

No comments:

Post a Comment