Sunday, 14 August 2022

MERPATI BAKAR KUATKAN TENAGA

 
Menu bakar seperti ayam bakar, daging lembu bakar, daging kerbau bakar, ikan bakar, sotong bakar, daging kambing bakar, udang bakar dan sebagainya sudah biasa diamalkan yang menjadi pilihan penggemarnya. 
 
Namun, menu burung merpati bakar agak asing di negara kita. Bukan sahaja menu merpati bakar, bahkan gulai merpati dan sup merpati pun agak jarang dijadikan hidangan. 
 
Kelebihan menu merpati bakar dikatakan mampu kuatkan tenaga batin, sama ada lelaki mahupun perempuan. Mereka yang makan daging merpati akan lebih bertenaga dan sihat. 
 
Cara membakar daging merpati sama dengan kaedah pembakaran daging atau hidupan laut lain. Perkara pertama adalah penyedian rempah atau perasa untuk diperap atau dilumurkan ketika proses pembakaran. 
 
Pembakaran boleh menggunakan api kayu arang, tempurung atau kaedah-kaedah lain yang boleh digunakan untuk membakar. 
 
Pemilihan merpati muda adalah lebih baik kerana ia dipercayai lebih berkhasiat dan dagingnya masih lembut dan sedap dimakan.

 

No comments:

Post a Comment