Namanya labu botol, tetapi tidak sama
dengan labu botol yang biasa kita panggil yang menyerupai tembikar labu sayong
yang terkenal di Perak. Labu botol ini dikira masih baharu di Malaysia.
Ada yang baharu mencuba
menanamnya sebagai hobi, terutama mereka yang pernah tinggil di luar negara dan
menggemarinya. Benihnya ada dijual secara dalam talian dengan carian ‘bottle
gourd’.
Pokok labu botol sedikit berbeza dengan kebanyak
jenis labu lain yang tumbuh memjalar. Pokok labu botol tidak menjalar,
sebaliknya ada dahan-dahan lembut yang tumbuh serumpun. Daunnya hampir serupa
dengan kebanyakan jenis labu.
Pokok labu botol juga dikenali dengan pengenalan
sebagai labu air. Bentuk buahnya macam timun.
Buahnya sesuai masak tumis atau menu lain
yang biasa menggunakan labu air sebagai bahannya. Katika hendak dimasak,
kulitnya tidak perlu dibuang kerana ia lembut sahaja.
No comments:
Post a Comment