Saturday, 31 December 2022

MENGAPA DINAMAKAN APOM LENGGANG

   
Apom lenggang terkenal di Perak, khususnya di Taiping. Banyak orang meminatinya. Salah satu lokasi penjualan apom lenggang ialah di Pasar Pagi Kemunting.
 
Mengapa dinamakan apom lenggang yang menjadi identiti terkenal itu?
 
Jawapannya mudah sahaja. Ketika proses membakar atau memasak apom itu pembuatnya akan ‘lenggang’ adunan tepung yang baharu dimasukkan ke dalam kuali atau ceper agar ia ‘penuh’ secara rata.
 
Kemudian baharu ceper adunan telah rata itu akan diletakkan di atas api, kemudian ditutup. Apabila telah masak, ia akan diangkat.
 
Bab penyediaan adunan itu ada resipi tertentu. Itu kena cari artikel lain untuk membacanya. 
 

No comments:

Post a Comment