Permintaan terhadap cendawan semakin
tinggi. Banyak jenis cendawan kini ditanam bagi memastikan bekalannya dapat
memenuhi pemintaan sepanjang masa.
Cara penanaman cendawan dilakukan melalui
kaedah bongkah. Bongkah yang dihasilkan daripada serbuk kayu dan beberapa bahan
lain melalui beberapa proses sebelum disuntik dengan benih cendawan.
Namun, ada sejenis cendawan yang dianggap
unik dari segi medium tempat tumbuh dan masih tidak ditemui cara untuk ditanam.
Jadi, ia tumbuh dalam bentuk secara semula jadi.
Cendawan busut atau di Kelantan dipanggil
kulat pusu biasa tumbuh berhampiran tanah busut. Busut dikaitkan dengan tempat
tinggal anai-anai. Dengan kata lain, cendawan busut mempunyai kaitan dengan
kewujudan anai-anai di sesuatu kawasan.
Sebab itu, ada kawasan yang didiami
anai-anai, biarpun bukan ada busut kelihatan (tanah rata) cendawan busut tumbuh
di situ.
Cendawan busut atau nama saintifiknya
adalah Termitomyces sp, daripada famili Lyophyllaceae. Cendawan busut tumbuh
secara meliar seperti di kawasan belukar, kebun, bahkan berhampiran laman
rumah.
Cendawan busut tumbuh secara berkoloni di
atas pusu anai-anai. Cara pembiakan atau penyebarannya adalah simbiosis obligat
dengan anai-anai spesis Odontotermes spp.
Anai-anai membiakkan cendawan dengan cara menghadamkan kayu-kayu dengan pertolongan mikrob-mikrob yang berada dalam perut mereka, mencerna kayu-kayu dan membuangnya sebagai najis di dalam pusu tempat mereka tinggal.
Cendawan pula memerlukan najis anai-anai untuk tumbuh, di mana miseliumnya tumbuh pada kayu-kayu yang telah dicerna oleh anai-anai itu. Anai-anai sebaliknya menggunakan bahan yang telah terkompos oleh cendawan sebagi makanan. Inilah yang dikatakan hidup bersama sehidup semati.

Cendawan busut akan tumbuh di tempat yang
sama, sekiranya tempat itu tidak diganggu. Namun apabila kawasan tempat ia
biasa tumbuh diratakan, digali dan dicangkul untuk didirikan penempatan, cendawan
busut akan beralih untuk tumbuh di tempat lain pula, tetapi di sekitar itu
juga. Ini berlaku kerana busut anai-anai juga telah beralih.
Menariknya, cendawan busut hanya akan
tumbuh di tempat yang sama sekali setahun sahaja. Sebab itu ia juga dikenali
sebagai cendawan tahun.
Cendawan ini sebenar boleh ditanam dgn kaedah kaltur tapi oleh tidak dapat di komersialkan sebab tak than lama dan pasaran terhad
ReplyDelete