Saturday 7 January 2023

POKOK DUIT-DUIT HIDUP MENUMPANG PADA POKOK LAIN

  
Pokok duit-duit (Pyrrosia piloselloides) merupakan sejenis tumbuhan parasit dari keluarga pakis dan hidup menumpang pada batang pokok.
 
Tumbuhan ini banyak tumbuh pada dahan pokok yang berlumut dan menjadi parasit kepada pokok tersebut. Pokok duit-duit ini menyebabkan dahan pokok akan mati kalau dibiarkan tumbuh.
 
Kawalan dijalankan dengan kaedah manual iaitu dengan membuangnya iaitu menarik keluar dan musnahkanya setiap 6 bulan. Tidak ada kawalan secara kimia boleh dijalankan.
 
Pokok duit-duit merupakan sejenis tumbuhan parasit yang mempunyai batang menjalar pada batang pokok besar dan akarnya yang melekat pada kulit batang kayu.
 
Akarnya akan merebak di permukaan batang kayu dengan kuat dan sebahagian akan masuk dalam kulit kayu untuk menyerap makanan dan air daripada pokok.
 
Pokok duit-duit tumbuh di kawasan dahan yang lembab, redup atau panas dengan ada sinaran matahari.
 
Daunnya berbentuk bulat, lonjong atau bujur berwarna hijau muda atau hijau gelap dengan ukuran 2-3 cm panjang. Susunan daunnya bersilang atau bertentang bergantung kepada spesis.

No comments:

Post a Comment