Halo Delivery, syarikat penghantaran
tempatan milik bumiputera yang beroperasi di seluruh negara, termasuk di
pekan-pekan kecil menjadi rakan strategik kepada Yayasan Noor Al Syakur (YANAS)
dalam melakukan aktiviti tanggungjawab sosial korporat.
Pengarahnya, Jalluddin Abu Hassan
menjelaskan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dilakukan sebagai menghargai
sokongan pengguna terhadap Halo Delivery sejak ia mula beroperasi pada Julai
2018.
Terbaharu, Halo Delivery bekerjsama dengan
YANAS menyantuni pengurusan dan pelajar Pondok tahfiz Raudhatul Al Solihin di
Kampung Bukit, Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan.
Program lawatan yang diketuai sendiri pengasas
YANAS, Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato’ Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj, Tengku Puan Temenggong Kelantan.
Sempena lawatan tersebut, YANAS dan Halo
Delivery menyampaikan sumbangan kepada pihak pengurusan pondok untuk
perbelanjaan pembangunan dan pengurusan, serta serta kepada pelajar tahfiz.
Pondok tahfiz ini dibina pada tahun 2020
dengan jumlah pelajar pada ketika itu seramai 8 orang dan kini telah bertambah
kepada 23 orang pelajar termasuk anak yatim.
Seusai program di pondok tahfiz, rombongan seterusnya
menziarahi enam keluarga di jajahan Tumpat yang kurang bernasib baik dan
menerima ujian sakit kronik serta masalah kesempitan hidup.
Antara keluarga yang disantuni oleh Tengku
Puan Temenggong Kelantan bersama rombongan adalah pesakit kanser payudara,
pesakit strok dan saraf yang mendiami rumah serba kekurangan (daif),
kanak-kanak terlantar akibat diserang penyakit sawan serius, pesakit terlantar
akibat strok dan pendarahan otak, pesakit kencing manis kronik dan masalah buah
pinggang, anak pasangan OKU yang mengalami komplikasi jantung dan paru-paru
berlubang.
Kesemua keluarga yang disantuni telah
menerima sumbangan YANAS dan Halo Delivery.
Menurut Jalluddin, Halo Delivery akan terus
mengadakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat pada masa akan datang bersama
YANAS dan juga NGO kebajikan yang lain mengikut kesesuaian.
No comments:
Post a Comment