Dahulu
jarang orang makan belut. Jika memancing atau tahan 'taut', memang sakit hati
jika dapat belut. Biasanya mata pancing yang dimakan belut tidak boleh
digunakan lagi kerana sukar untuk dicabut dari mulut belut yang menelannya jauh
ke dalam. Belut itu akan dibuang begitu sahaja.
Namun,
sekarang belut semakin digemari. Macam-macam menu belut disediakan di restoran.
Ia dipengaruhi menu masakan dari Thailand.
Disebabkan
permintaan terhadap belut tinggi, maka harganya juga meningkat. Namun, peminat
belut sanggup membayar dengan harga tinggi asalkan dapat merasai nikmat menu
masakan belut.
Akibat
penggemar belut yang banyak, bekalan sukar didapati. Permintaan melebihi
penawaran.
Belut
hidup di bendang dan sungai atau kolam. Sekarang belut dipelihara secara
komersial bagi memastikan bekalan dapat disediakan berterusan mengikut kehendak
pelanggan.
Belut
liar atau belut sawah biasanya ditangkap menggunakan 'tukil' yang diperbuat
daripada buluh atau sekarang ini mudah menggunakan batang paip.
Belut
atau Monopterus albus diakui banyak memiliki manfaat untuk
kesihatan manusia. Ia juga merupakan makanan kegemaran di banyak negara
terutama Jepun dan Korea.
Spesies
belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Daging belut mengandungi sodium,
protein, asid lemak tak tepu, omega-3,pelbagai jenis vitamin, kalsium, zat
besi, magnesium dan zink.
Dalam
perubatan tradisional, belut dikatakan boleh membantu mengubati penyakit
seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan
luka pembedahan.
Jika
kerap memakan belut, ia dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh,
menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata,
menguatkan daya ingatan.
No comments:
Post a Comment