Allah Maha Mengetahui keperluan setiap
ciptaan-Nya dalam aspek rohani dan jasmani. Maka itu, apa-apa yang disyariat
adalah bertepatan dengan keperluan tabie kejadian manusia. Mereka yang menolak
syariat sebenar menolak apa yang diperlukan oleh rohani dan jasmani mereka
sendiri.
Sifat tabie manusia memerlukan Tuhan. Semua
manusia sedar bahawa dirinya dan seluruh alam ini ada penciptanya. Kepercayaan
itu secara langsung mengakui bahawa pencipta itu maha berkuasa dan berhak
menentukan apa yang diingini berlaku ke atas ciptaan-Nya.
Maka sebab itu, tabie manusia perlu
menentukan Tuhan yang diyakininya. Syariat Islam menentapkan hanya Allah yang
layak disembah dan diyakini kekuasan-Nya.
Keyakinan bahawa ada kuasa Maha Besar dan
Maha Bijaksana mentadbir alam ini turut melibatkan penganut agama lain. Namun,
mereka telah memilih jalah salah dalam menentukan siapa perlu disembah.
Sedangkan Allah menerima agama lain selain Islam.
Bukti lain menjelaskan manusia memerlukan
Tuhan dapat kita perhatikan apabila setiap kali berdepan dengan malapetaka,
kesusahan atau kesakitan, ketika itu manusia akan menyebut dan merayu kepada
Allah.
Ini jelas membuktikan bahawa manusia sedar
bahawa apa yang berlaku terhadap dirinya dan alam ini adalah di bawah kekuasaan
Allah. Maka itu mereka memohon agar Allah melindungi dan menjauhkan mereka
daripada kesulitan yang dihadapi itu.
Malah, di kalangan penganut agama lain,
mereka ada memakai tangkal atau sesuatu yang menjadi lambang kekuatan kepada
diri mereka.
Di kalangan penganut agama Kristian umpamanya akan memakai lambang
salib sebagai cara untuk mendekati diri dengan Tuhannya. Mereka mengharapkan
lambang itu dapat mengelak mereka dari gangguan syaitan, hantu dan menjauhkan
malapetaka.
Sesungguhnya manusia sedar kelemahan diri
dan merasakan betapa perlunya kepada pertolongan Tuhan. Manusia memerlukan
panduan hidup dan petunjuk agar tidak tersesat dalam meneruskan hidup.
Gambar hiasan - Raplika di Gelanggang Seni, Kota Bharu.
No comments:
Post a Comment