Monday 6 November 2023

AIR TERJUN SUNGAI BIL, SLIM RIVER

 
Air Terjun Sungai Bil, Slim River, Perak adalah pusat rekreasi berasaskan alam semula jadi seperti air terjun yang di kelilingi keindahan flora dan fauna. Ia mempunyai air terjun yang mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri.
 
Air Terjun Sungai Bil terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Tanjung Malim. Dari pekan Tanjung Malim, pengunjung akan melalui perkampungan, iaitu Kampung Behrang Ulu, Kampung Sungai Dara dan Kampung Sungai.
 
Kedinginan bayu dan kesejukan air terjun yang mengalir dari kaki Banjaran Titiwangsa ke kawasan rekreasi dan perkelahan Sungai Bil, ini menjadikan kawasan terbabit sentiasa menjadi tumpuan orang ramai.
 
Dengan susana kampung tradisi dan keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara di sekeliling kawasan terbabit menjanjikan suasana yang aman dan mengasyikkan. sering kali menjadi sasaran pengembara untuk meneroka sepuasnya.
 
Keindahan alam semula jadi yang terdapat di kawasan ini dipulihara dengan baik supaya dapat dinikmati oleh generasi masa akan datang.
 
Sungai yang mempunyai banyak jeram berbatu membentuk takat terjun di sepanjang sungai adalah terbentuk daripada fenomena alam semula jadi menyebabkan kawasan ini mempunyai panorama semula jadi yang menarik.
 
Memandangkan jumlah pengunjung yang bertambah setiap tahun, kawasan sepanjang sungai dijadikan kawasan istirahat yang selesa. Air yang mengalir dari kaki Banjaran Titiwangsa itu memang bersih dan jernih serta bebas dalam apa juga bentuk pencemaran.
 
Menjadi tanggungjawab bersama termasuk pengunjung sama ada penduduk tempatan atau luar memelihara dan memulihara keindahan alam semula jadi yang terdapat di kawasan ini.
 
Ada pihak ditugaskan untuk memantau kawasan rekreasi dan perkelahan itu secara berkala bagi memastikan pengunjung mematuhi peraturan ketika mengunjungi kawasan terbabit.
 
Pelbagai kemudahan disediakan di sini seperti dewan orang ramai, tempat letak kereta lot, kedai makanan dan minuman dan rumah rehat untuk keselesaan pengunjung.
 
Sekarang, Lata Sungai Bil dikenali di seluruh negeri ini untuk aktiviti peringkat kebangsaan yang diadakan di sini seperti pertandingan ECO Challange.
 

No comments:

Post a Comment