Wednesday 1 November 2023

KEBAIKAN CEBURI PERNIAGAAN E-DAGANG

 
Banyak individu menghabiskan masa dengan bermain telefon. Masa terbuang. Kalau adapun manfaat, ia tidak sepadan dengan masa dan perhatian yang telah diberikan.
 
Kepada yang ada masa menggunakan telefon bimbit, lebih baik mulakan perniagaan global.
 
Sama ada anda bekerja sepenuh masa atau sambilan, anda boleh dengan mudah memulakan perjalanan keusahawanan secara e-dagang.  
 
Ada syarikat menyediakan panduan peribadi dan sumber perniagaan percuma untuk membantu anda berjaya dalam pemasaran digital, pengurusan stok yang cekap, serta pembinaan perniagaan global yang berkos rendah.
 
Tetapi, dinasihatkan anda berhati-hati terlibat dengan syarikat e-dagang agar tidak tertipu. Banyak yang mengambil kesempatan menipu atau memperdaya orang agar membuat bayaran tertentu untuk membolehkan menyertainya dengan pulangan pendapatan yang lumayan.
 
Kelebihan berniaga e-dagang:
- Modal yang kecil
- Boleh dilakukan di mana-mana sahaja asalkan ada capaian internet
- Ada bimbingan dari pihak penubuh e-dagang berkenaan.
 
E-dagang (e-commerce) ialah proses jual beli atau transaksi komersial yang berlaku di alam maya.  
 
Platform e-dagang merupakan saluran beli-belah dalam talian yang menyediakan perkhidmatan lengkap. Ia meliputi aspek penjualan, servis penghantaran dan transaksi pembayaran tanpa tunai yang memudahkan pengguna membuat pembelian secara langsung.
 
Selain memberi banyak faedah kepada pelanggan, pemilihan konsep e-dagang yang bertepatan juga sangat mustahak supaya ahli perniagaan dapat pergi jauh dalam bidang perniagaan digital. 

No comments:

Post a Comment