Sunday 11 February 2024

CARA HANTAR IMEJ HD MELALUI WHATSAPP

 
Salah satu penentu kualiti imej atau gambar ialah tahap definisi (Inggeris – definition). Istilah paparan skrin definisi tinggi (HD – high definition) digunakan untuk menggambarkan kualiti yang tinggi berbanding gambar definisi standard (SD).
 
Perkongsian atau penghantaran imej melalui aplikasi, termasuk media sosial ada tahap atau definisi yang tertentu yang ditetapkan.
 
Contohnya, penghantaran imej melalu WhatsApp akan dimampatkan dan penerima akan mendapat gambar yang pecah dan resolusi rendah. Bagaimanapun, kini WhatsApp telah memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih sama ada ingin meghantar imej dalam bentuk standard atau HD.
 
Untuk menghantar dalam HD, pengguna perlu membuat pilihan atau mengetik logo “HD”. Jika tanpa mengetik logo tersebut, imej yang akan dihantar adalah dalam bentuk standard.
 
Cara untuk menghantar imej HD sangat mudah. Tetapi kandungan tersebut haruslah HD juga. Imej berkualiti rendah tidak akan ada pilihan HD.
 
Menghantar kandungan HD boleh dilakukan seperti menghantar kandungan biasa. Bezanya, semasa memilih imej anda perlu memilih logo HD di atas, dan mengesahkan pilihan HD. Kemudian, tekan butang hantar untuk menghantarnya.
 
Penerima dan penghantar akan nampak label HD di sudut bawah gambar, menandakan gambar tersebut beresolusi tinggi.

No comments:

Post a Comment