Pada musim hujan air berlebihan di
permukaan bumi menyebabkan banjir. Namun, ia bukan bermakna sumber air bersih
juga melebihi. Dalam keadaan tertentu, pembekalan air bersih perlu dilakukan
untuk memenuhi keperluan mendesak semasa.
Atas keperluan itu, Bulan Sabit Merah
Malaysia (BSMM) Negeri Kelantan melalui koordinasi bersama Suruhanjaya
Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) dipertanggungjawabkan
untuk membekalkan air bersih kepada Hospital Tanah Merah.yang diambil dari pili
milik AKSB.
Operasi tersebut dilaksanakan sukarelawan
BSMM Negeri Kelantan dengan menggunakan lori tangki air milik BSMM Negeri
Kelantan sendiri. Air disedut di pili milik AKSB akan dipindahkan ke sistem
paip utama di Hospital Tanah Merah sebelum disalurkan ke seluruh bahagian
hospital.
No comments:
Post a Comment