Sukuk adalah sijil kewangan dan surat hutang Islam.
Konsep sukuk bersesuaian dengan syariah Islam dan prinsip pelaburan
yang melarang pembayaran riba. Sukuk telah berkembang menjadi
antara kaedah pembiayaan pelaburan berasaskan prinsip syariah Permintaan
kepada sukuk telah berkembang pesat beberapa tahun kebelakangan ini kerana
menjadi antara peluang pelaburan yang menawarkan risiko rendah,
pendapatan tetap serta berlandaskan prinsip diterima Islam.
Definisi sukuk - sijil bernilai sama dengan sebahagian atau keseluruhan dari kepemilikan harta berwujud untuk mendapatkan hasil dan jasa di dalam kepemilikan aset dari projek tertentu atau aktiviti pelaburan khusus, sijil ini berlaku setelah menerima nilai sukuk, disaat jatuh tempoh dengan menerima dana sepenuhnya sesuai dengan tujuan sukuk tersebut.
Sukuk juga dikenali bon patuh syariah. Terdapat beberapa persamaan antara sukuk dengan bon konvensional. Persamaan tersebut ialah ia selalu mempunyai tempoh matang (term maturity), mempunyai kupon keuntungan, serta boleh dijual beli pada harga hasil (yield price).
Walaubagaimanapun perbezaan utama antara sukuk dengan bon konvesional ialah bon konvensional merupakan tuntutan seorang pelabur pada aliran wang di masa hadapan kepada pihak yang menerbitkan bon tersebut. Kontrak antara pelabur dengan penerbit adalah kontrak seorang penghutang dan pemiutang. Sebagai contoh seorang pelabur melanggan bon bernilai RM1000 dan setiap tahun akan diberikan faedah sebanyak RM100 sekiranya kadar faedahnya 10% sehingga tempoh matang. Setelah bon itu matang pelabur akan diberikan faedah tahun itu serta dibayar semula harga hasil bon tersebut iaitu RM1000.
Bagi sukuk pula, kaedah pengiraan untung adalah serupa dengan bon konvensional, akan tetapi di dalam kontrak sukuk, tuntutan seorang pelabur bukan pada aliran wang tunai semata-mata, akan tetapi tuntutan seorang pelabur adalah pada manfaat sebuah aset yang digunakan oleh wang yang
dijana melalui kaedah pembiayaan sukuk.

Di dalam kontrak sukuk, wang yang dijana daripada
terbitan sukuk akan digunakan untuk membeli sesebuah aset. Kemudian
pemegang sijil sukuk mempunyai tuntutan ke atas
manfaat yang dijana aset tersebut mengikut kadar pelaburan pelabur
tersebut. Contohnya sekiranya pelabur melanggan RM1000 dengan
perjanjian kadar profit margin 10%, pelabur akan menerima
RM100 setiap tahun dan RM1100 pada tempoh matang.
Sukuk juga telah distruktur di mana terbitannya bukan pertukaran antara wang dengan dengan sijil semata-mata akan tetapi ianya berdasarkan kepada pertukaran aset yang telah diluluskan dengan beberapa timbangan pembiayaan di mana akan membolehkan pelabur menerima keuntungan daripada transaksi tersebut.

Satu lagi aspek yang membezakan antara sukuk dan bon konvensional ialah di dalam situasi di mana penerbit bon tidak dapat membayar balik hutang dan faedah kepada pelabur/pemiutang pelabur akan kehilangan kesemua pelaburannya kerana kontrak bon biasanya tiada jaminan aset yang boleh dicagar untuk mendapatkan semula pokok pelaburan.
Di dalam sukuk pula, tidak boleh tidak di dalam
kontrak sukuk mesti terdapat jaminan bahawa wang yang dijana daripada
pelabur digunakan untuk membeli sebuah aset yang mana keuntungan pelabur datang
daripada manfaat aset tersebut. Sekiranya situasi buruk berlaku, pelabur masih
dapat tuntutan sebahagian pelaburan mereka dengan mencagarkan aset yang menjadi
jaminan kepada kontrak sukuk tersebut.
Jenis-jenis Sukuk yang terdapat pada masa kini:
- Sukuk Ijarah: Menyewakan hak manfaat aset kepada pihak lain berdasarkan harga dan tempoh yang disepakati
- Sukuk Mudharabah: Perjanjian Kerjasama antara dua pihak iaitu pemodal dan pengelola modal
- Sukuk Musyarakah: Kerjasama dua pihak dengan menggabungkan sebuah modal untuk sebuah motivasi.
- Sukuk Istisna: Kesepakatan jual beli dalam rangka pembiayaan suatu projek barang.
Kesimpulan
Pelaburan sukuk merupakan antara pelaburan ideal bagi pelabur yang menghendaki pulangan pelaburan tetap dengan risiko yang rendah serta yang Patuh Syariah.

No comments:
Post a Comment