Tuesday, 5 September 2017

HAJAT KEKAL BAHAGIA MUSNAH

Pasangan suami isteri tentu ingin ikatan perkahwinan kekal sampai ke akhir hayat. Namun, tidak semua hajat tercapai sehingga terpaksa berakhir dengan perceraian memutuskan tali akad nikah.

Lafaz cerai pengakhir hubungan setelah tidak ada jalan pendamaian dapat dilakukan atas alasan munsabah dan wajar.  Di sebalik itu ada juga perceraian berlaku disebabkan perkara remah yang tidak wajar diterima, tetapi itulah hakikatnya sepertimana yang dicatatkan di Mahkamah Syariah sebagai punca cerai.

Mahligai yang dibina atas dasar cinta pastinya mempunyai impian yang ingin dilaksanakan. Berjanji sehidup semati, mengharungi dugaan bersama. Alam perkahwinan terlalu banyak perbezaan dengan alam percintaan.

Walaupun percerian dibenarkan dalam Islam, ia amat ditegah.  Perkara halal paling dibenci Allah SWT ialah talak.

Antara perceraian berlaku kerana kebanyakan individu yang mendirikan rumah tangga didapati tidak memahami atau mengetahui falsafah sebenar perkahwinan.

Perkahwinan yang diasaskan kepada nafsu semata-mata tidak dapat menjamin kelangusngan rumah tanggan.  Maka, setiap pasangan perlu melengkapkan diri dengan ilmu agama dan rumah tangga sebelum melangsungkan perkahwinan bagi mengurangkan kes perceraian.

Perkara ini tidak boleh dipandang mudah.  Institusi keluarga adalah asas pembangunan negara dan kalau institusi keluarga berjalan dengan baik, negara pun akan jadi lebih baik.

Pengetahuan agama penting untuk mengelak berlaku gejala sosial seperti seks bebas, penyalahgunaan dadah dan minum arak dalam kalangan belia Islam kini berada pada tahap membimbangkan. 

Persefahaman serta perbincangan amatlah penting antara pasangan suami isteri. Walaupun perkara kecil yang dianggap perkara remeh. 

Masalah yang timbul boleh diselesaikan jika pasangan menitik beratkan setiap isu yang menjadi punca persengketaan. Persiapkan diri dalam apa jua rintangan sebagai pasangan suami isteri.

No comments:

Post a Comment