Sunday 1 March 2020

BUAH JAMBU GELAS SEDAP DIBUAT JERUK

Jambu gelas (Syngium spp) merupakan sejenis buah nadir yang tumbuh di Malaysia dan kini semakin ramai generasi muda yang mengenalinya. Jambu gelas ini diberikan nama kerana bentuknya yang besar seperti gelas dengan lazimnya berwarna putih susu. Disebabkan warna putih seperti susu, maka jambu gelas juga dikenali jambu susu.

Jambu gelas ini juga dipercayai berasal daripada luar negara atau ada dilaporkan ia adalah natif dari Asia Tenggara. Pokok jambu gelas tersebut lazimnya ditanam daripada anak benih yang disemai daripada bijinya. 
 
Buah jambu gelas yang masak selalunya ada mengandungi biji benih bersaiz besar guli dan boleh tumbuh digunakan sebagai biji benih.

Lazimnya dengan penjagaan baik ia mula berbunga seawal 5-6 tahun ditanam. Bagaimana pun kini telah ada viral dimana pokok jambu gelas yang masih muda dan kecil ini telah berbunga dan berbuah.

Bunga dengan jambak yang besar akan didebungakan serangga dan membentuk putik buah jambu gelas berwarna keputihan. Putik buah atau buah yang masih kacil elok dibalut untuk mengelak kena serangan ulat buah.

Buah jambu gelas yang telah masak akan bertukar daripada warna hijau kepada putih cerah. Apabila dibelah, buah jambu ini mempunyai isi yang padat.  

Buah ini kalau betul-betul masak sedap kalau dimakan begitu saja. Atau pun buat jeruk. Potong nipis-nipis dan masuk dalam bekas dan bubuh gula.

No comments:

Post a Comment