Penyakit lemah tenaga batin atau
mati pucuk paling ditakuti lelaki. Kesan penyakit ini turut ditanggung isteri
sehingga menggugat keharmonian rumah tangga. Jadi, jangan ambil mudah soal
suami tidak kuat.
Punca lemah tenaga batin boleh disebabkan oleh fisikologi dan
psikologi.
Punca lemah tenaga batin disebabkan
fisikologi berkait rapat dengan keadaan badan, terutama aliran darah. Ketegangan
zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan darah memasuki dan
dikekalkan dalam zakar. Jika darah terhalang memasuki zakar ketika menerima
isyarat ghairah dari otak, maka ia tidak dapat tegang dan tidak akan berfungsi.
Terdapat banyak sebab aliran darah
terhalang memasuki zakar. Pertamanya disebabkan pembuluh darah tersumbat oleh
kolestrol atau lemak tepu. Aliran darah menjadi perlahan atau tidak banyak yang
berjaya memasuki zakar. Keduanya, salur darah 'tersepit' disebabkan kecederaan
yang menghalang pengaliran darah menuju ke seluruh zakar.
Mati pucuk psikologi adalah di mana
kegagalan tegang disebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan
fisikologi. Ketiadaan keyakinan diri untuk melakukan hubungan seks menjadikan zakar
tidak tegang dan hilang ghairah.
Banyak sebab kehilangan keyakinan
diri seperti tidak yakin dengan kondisi zakar yang dirasakan kecil dan pendek.
Berasakan diri tidak hebat dan perkasa berbanding orang lain. Terlalu
memikirkan tentang kehendak seks isteri juga boleh menyebabkan tekanan sehingga
gagal beraksi.
Memandangkan lemah tenaga batin
psikologi berpunca daripada emosi dan tanggapan, maka ia perlu diatasi dengan
cara sama. Suami perlu yakin pada kemampuan diri. Lakukan dalam keadaan santai
dan gembira. Isteri pula perlu menerima dengan seadanya.
Untuk mengatasi masalah ini, jangan
terlalu fikirkan tentang seks. Anggap perkara itu lumrah yang akan berlaku
secara tindakbalas emosi dan fizikal apabila suami isteri berada bersama.
Suami perlu menerima keadaan diri
secara seadanya. Usaha melihat filem prono yang mana pelakonnya melakukan aksi
yang hebat dan mempunyai zakar yang besar serta panjang. Ia akan memberi kesan
emosi dan hilang yakin diri.
Elak juga berbincang soal seks
dengan rakan yang sebenarnya rata-rata akan 'berbohong' mengenai keupayaan
masing-masing. Kita akan tertekan mendengar kehebatan dan tahan lama rakan,
sedangkan merasakan diri tidak begitu.
Gambar sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment