Amalan hasut maya itu semakin menjadi-jadi sehingga dianggap satu budaya di media sosial.
Dalam politik, hasut maya itu dianggap sebagai sebahagian propaganda atau perang saraf untuk menyerang musuh politik.
Perbuatan hasut maya berisiko mewujudkan permusuhan sesama manusia serta menyalahi hukum syarak.
Perbuatan hasut maya sebagai situasi membimbangkan kerana disebarkan dalam pelbagai konteks termasuk mesej bertulis, klip video pendek dan gambar yang diubah suai dengan dialog dicipta sendiri.
Kebanyakan hasut maya yang disebarkan mengandungi unsur menghina, memperlekeh, menyindir, mengejek nama, tubuh badan dan perilaku.
Kegiatan itu berisiko menyebarkan pendustaan, membangkitkan permusuhan, menyemai kebencian dan menjatuhkan maruah individu yang menjadi mangsa pebuatan itu.
Perbuatan hasut maya adalah haram jika digunakan sebagai alat menyebarkan pendustaan, permusuhan dan perbalahan antara manusia, apatah lagi sesama Muslim.
Pun begitu, jika hasut maya dilakukan hanya sekadar sindiran menggunakan bahasa kiasan tanpa menjatuhkan maruah peribadi seseorang, tetapi lebih kepada teguran atau nasihat secara berhikmah, ia tidak menjadi masalah.
Media sosial adalah alat komunikasi bagi memudahkan manusia berhubung. Hukum asal menggunakannya juga harus sekiranya tujuan dan kaedah penggunaannya tidak melanggar hukum syarak.
Biarpun bukan dalam bentuk percakapan, tangan yang menulis, berkongsi serta menyebarkan itu akan menjadi saksi di atas apa yang dilakukan.
Rasulullah SAW turut menasihatkan umatnya supaya bersabar, tenang jiwa ketika berhadapan dengan manusia berperangai negatif seperti suka mencaci dan menghina.
Seorang lagi sahabat karib Baginda SAW bernama Abdullah bin Umar memberitahu, beliau pernah mendengar Rasulullah SAW memberikan panduan ketika berhadapan orang yang suka mencaci, mengejek dan menghina.
Kata
Abdullah, Baginda SAW nasihatkan umatnya, “Apabila seseorang mencacimu dengan
sesuatu yang dia ketahui, maka janganlah kamu membalasnya dengan sesuatu yang
kamu mengetahui mengenai dirinya. Sebab dengan itu, kamu mendapat pahala,
sedangkan dia akan mendapat akibat buruknya.” (Hadis riwayat Imam Abu
Daud)
No comments:
Post a Comment