Tuesday, 8 June 2021

SEJARAH KAMPUNG BUKIT, PULAU CHONDONG

 
Kampung Bukit merupakan kampung yang tertua di daerah Pulai Chondong. Kampung ini terletak di antara Kampung Pulai chondong dan Kampung Pangkal Gong. 
 
Kedudukan Kampung Bukit agak pedalaman sedikit dari jalan utama Jalan Kota Bharu – Kuala Krai. 
 
Kampung ini dipercayai dibuka atau mula diteroka pada abad ke 17 oleh seorang ulama yang terkenal iaitu Imam Hashim (Tok Imam Bukit). 
 
Beliau keturunan Sultan Ahmad Minangkabau, Sumatera dan berhijrah ke Pattani pada abad ke 17. 
 
Setelah tamat belajar di Pattani beliau menjadi ulama terkenal dalam bidang keagamaan. Beliau mempunyai 3 orang anak iaitu Faqih Abdullah, Faqih Ali, Faqih Deramat.
 
Haji Abdullah ialah Ayah Tok Pulai Chondong (Abdul Samad bin Abdullah bin Haji Hasyim yang membuka Pulai Chondong dan mendirikan menara Masjid Kampung Surau pada tahun 1857. 
 
Imam Hasyim memulakan penepatan awal di tepi sungai. Akibat kawasan itu selalu mengalami banjir, maka berpindah di tempat tinggi berdekatan dengan  kubur Kampung Bukit sekarang. 
 
Dari situlah bermula keturunanya. Keturunannya yang membuka Kampung Surau dan Kampung-kampung lain di sekitar Pulai Chondong. . 
 
Sumber gambar dan berita dari FB Warga Pulai Chondong


No comments:

Post a Comment