Sihir
menyebabkan mangsa menderita kemurungan, tersiksa zahir dan batin, serta
penyakit sehingga boleh membawa maut. Sihir dilakukan dengan khidmat bomoh atau
pawang menggunakan kuasa ghaib seperti jin dan hantu. Umat
Islam perlu menjauhkan amalan sihir kerana boleh merosakkan akidah. Hukum
mengamalkan sihir adalah haram
Hukum orang yang mendapatkan khidmat ahli
sihir adalah berbeza berdasarkan situasi berikut:
Pertama: Sesiapa yang mendapatkan
khidmat ahli sihir, membenar dan mempercayai perkhabarannya dengan berkeyakinan
ahli sihir itu dapat mengetahui perkara ghaib, maka orang yang seumpama ini
dihukum kafir. DIa dikira kafir kerana telah mensyirikkan Allah dengan ahli
sihir tersebut dalam mengetahui perkara ghaib yang asalnya adalah milik Allah
sahaja.
Adapun bagi sesiapa yang mendapatkan khidmat
ahli sihir dan mempercayai perkhabaran ahli sihir tersebut dalam keadaan dia
menyakini bahawa ahli sihir itu tidak mengetahui perkara ghaib. Sebaliknya ahli
sihir itu mengambil berita-berita yang dikhabarkan kepadanya daripada jin yang
mencuri dengar dari sumber lain atau qarin yang sentiasa mendampingi manusia.
Para ulama berbeza pandangan, sebahagian
mereka berpandangan orang seperti ini tetap dikira terkeluar dari agama,
manakala sebahagian ulama yang lain berpendapat orang seperti ini telah
melakukan salah satu dosa daripada dosa-dosa yang besar.
Kedua: Sesiapa yang mendatangi ahli
sihir hanya untuk bertanya, ia dikira telah melakukan dosa besar dan tidak
diterima solat yang dilakukannya selama 40 hari sebagai halangan daripada
melakukan dosa tersebut.
Pengamal sihir dan orang yang menggunakan
khidmat ahli sihir sekiranya tidak bertaubat adalah termasuk dalam golongan
ahli neraka. Mempelajari
ilmu sihir adalah haram secara mutlak walaupun dengan tujuan untuk kebaikan.
Semua pihak adalah diharamkan daripada
menyebarkan, memasarkan dan mempromosikan amalan-amalan yang berkaitan dengan
sihir.
No comments:
Post a Comment