Mereka
yang bekerja mencari rezeki dipandang mulia sebagai tanda sikap
bertanggungjawab kepada diri sendiri dan keluarga. Mereka menjadi kebanggan
keluarga dan membawa sinar kebahagian dalam hidup.
Bagi
keluarga yang miskin, sumbangan daripada anak-anak amat diperlukan untuk
meringankan beban tugas ibu bapa mencari rezeki.
Sebab
itu, jangan sekali-kali merasa satu bebanan apabila perlu bekerja, sebaliknya
berbanggalah kerana telah tiba masa dapat membantu keluarga.
Seseorang
tidak harus malu untuk melakukan pekerjaan yang dianggap kelas rendah di mata
masyarakat. Sesungguhnya, mencari rezeki yang halal adalah lebih penting
berbanding melihat taraf pekerjaan yang dilakukan.
Kita
perlu bekerja sebagai satu ibadat bukannya untuk bermegah dengan jawatan yang
disandang.
Sabda
Rasulullah bermaksud: “Tidak makan seorang itu sebarang makanan pun lebih baik
daripada dia memakan makanan daripada hasil tangannya sendiri. Sesungguhnya Nabi Daud mengambil makanan dari
usaha tangannya sendiri.” (Hadis riwayat Bukhari)
Keikhlasan
dan rasa bertanggungjawab penting untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan kerana
itu yang akan dinilai menentukan kedudukan maruah seseorang.
Sikap
ikhlas amat penting kerana ia menjadi pendorong untuk melakukan yang terbaik
biap pun apa yang dilakukan itu tidak dilihat atau dinilai oleh orang
lain. Dia tahu, apa yang dilakukan itu
mendapt pembalasan yang setimpal dari Allah.
Ingatlah,
orang berjawatan tinggi yang terlibat menerima rasuah adalah lebih hina
daripada seorang berjawatan kuli yang tekun melaksanakan tugas tanpa terlibat
dalam sebarang amalan tidak baik.
Jelas
di sini, status pekerjaan tidak menjamin seseorang dihormati jika dia terlibat
dalam sesuatu yang ditegah oleh agama dan undang-undang negara.
Sebenarnya,
Islam amat menggalakkan umatnya menjadi kaya dan keluar dari kemiskinan hidup
yang daif dan meminta-minta.
Sebab
itu setiap pekerja mesti menetapkan satu tahap kecekapan yang tinggi untuk
memudahkan mencapai apa yang dikehendaki, seterusnya membawa kepada kesenangan
hidup di dunia dan akhirat.
Bekerjalah bersungguh-sungguh dan jangan mudah
berpuas hati apa yang telah dilakukan, melainkan terus berusaha mencapai
sesuatu yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment