Sunday, 15 May 2022

ISU SEKS PUNCA MASALAH SUAMI ISTERI

  
Hubungan kelamin atau jimak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Suami harus memastikan nafkah batin isterinya dilaksanakan dengan sebaiknya apabila berkahwin. 
 
Jimak yang sempurna akan memberikan kepuasan batin bagi suami isteri. Namun, ramai isteri yang tidak puas ketika jimak bersama pasangannya. 
 
Dalam dunia penuh hasutan syaitan ini, persoalan tidak cukup nafkah batin bukan perkara remah. 
 
Ada isteri yang mencari pasangan lain untuk puaskan keperluan batin apabila suami menghadapi masalah tenaga batin. Mereka mencari pasangan gelap untuk memenuhi kehendak batin yang gagal diberikan oleh suami.  
 
Oleh itu, Islam memang memberi perhatian serius dalam mengubati masalah lemah tenaga batin ini, khususnya yang berkaitan dengan suami, kerana merekalah ketua bagi keluarga dan perancang kepada kebahagiaannya. 
 
Cuba baca dan renungkan fakta-fakta ini: 
- 70% isteri mengatakan mereka tidak pernah mencapai puncak orgasme/klimaks semasa melakukan hubungan seksual dengan suami mereka. 
- 65% isteri mengakui sering berpura-pura mencapai orgasme untuk memuaskan hati suami mereka. Hanya 15% sahaja isteri yang mencapai orgasme lebih dari sekali dalam seminggu. 
- 78% daripada isteri mengaku mereka lebih suka dibelai-belai saja dari melakukan seks memandangkan mereka tidak mencapai kepuasan dari hubungan seksual dengan suami. 
 
Fakta ini dilihat serius dan kebanyakan suami hari ini tidak mengendahkan masalah lemah tenaga batin. 
 
Mereka kurang berusaha untuk menyelesaikan lemah tenaga batin kerana disebabkan malu  atau ego yang menebal. 
 
Maka itu setiap kali isteri diajak berjimak, ada saja alasan yang diberikan untuk mengelak. Mereka bukan tidak mahu, tetapi sudah menjangkakan tidak akan puas disebabkan masalah lemah tenaga batin suami.   
 
Sebagai suami, tanggungjawab besar terletak di bahu anda untuk memastikan nafkah zahir dan batin terhadap isteri dapat ditunaikan sebaiknya. 
 
Bagi yang berasa menghadapi masalah tenaga batin, jangan malu untuk berusaha mencari jalan penyelesaian. 
 
Jumpa pakar masalah tenaga batin lelaki. Atau amalkan amalan tertentu yang boleh membantu menyelesaikan masalah tenaga batin.  
 
Ramai di kalangan isteri yang mengambil sikap mendiamkan diri sekiranya mereka tidak berasa puas nafkah batin. Jangan pandang remeh masalah ini.

No comments:

Post a Comment