Friday 13 May 2022

KESAN BEKALAN ELEKTRIK TERPUTUS

  
Bekalan elektrik satu keperluan asas. Tanpa bekalan elektrik banyak aktiviti kehidupan tidak berjalan. Ia punca kuasa untuk menghidupkan banyak mesin dan peralatan. 
 
Sehebat manapun ciptaan peralatan atau perkakas tertentu, tidak tidak mampu berfungsi tanpa bekalan elektrik. Tidak kisahlah tenaga elektrik dari turbin jana kuasa hidro mahupun generator, tenaga elektrik adalah sumber tenaga utama untuk memenuhi keperluan kehidupan manusia moden. 
 
Dunia menjadi lumpuh, terputus dan tidak berfungsi tanpa bekalan elektrik. Manusia tidak mampu berhubung tanpa bekalan elektrik. 
 
Justeru, untuk membentuk rangkaian perhubungan, bekalan elektrik adalah segala-galanya.

No comments:

Post a Comment