Tekanan perasaan yang tidak
terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk
kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia
boleh timbul di mana-mana saja.
Kaedah utama mengawal tekanan
perasaan ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah, solat fardu
dan sunat, baca Al-Quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah.
Quran adalah satu mukjizat dan
rahmat terbesar dari Allah dan di dalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi
segala penyakit. Baca Al-Quran setiap hari.
Senyum selalu, ucap salam kepada
sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan
menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah
diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai qada dan qadar.
Pergerakan tubuh badan juga satu
kaedah kurangkan tekanan perasaan perasaan. Pilih saja apa jenis aktiviti yang sesuai
dengan cara gaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh. Contohnya
berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, kembara berjalan kaki, silat atau
yoga.
Pergerakan badan hasilkan banyak
khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal
penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin ahmar.
Pantau berat badan. Sebaiknya
jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan
berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan aktiviti
senaman setiap hari.
Semoga
Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah
rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Amin.
No comments:
Post a Comment