Tuesday 30 May 2023

JAMBATAN KACA TAMPARULI CABAR RASA GAYAT

 
Jika anda sedang mencari sesuatu yang menarik yang boleh mencetuskan sedikit “fear factor, anda patut mengunjungi Jambatan Kaca Tamparuli. Cabar gayat anda pada tahap berapa. Bolehkan berjalan dengan penuh bergaya seperti melalui karpet merah atau terpaksa merangkak dengan rasa ketakutan.

Tamparuli sudah lama terkenal dengan Jambatan Gantung Tamparuli yang menjadi tarikan pelancong datang ke pekan yang teletak kira-kira 36 kilometer dari Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah.
 
Kini, Tamparuli mencipta satu lagi tarikan pelancong iaitu jambatan kaca. Jambatan kaca itu terletak di Bukit Bungalio, Kampung 
KiuluEntah apa nama jambatan kaca itu, tetapi elok juga ia dikenali dengan nama Jambatan Kaca Tamparuli sebagai gandingan dengan Jambatan Gantung Tamparuli.
 
Biasanya kita melihat jambatan kaca di luar negara yang memperlihatkan pelbagai gelagat pengunjung ketika berada di atasnya. Paling kelakar ialah mereka yang takut sehingga terketar-ketar dan tidak boleh berjalan.
 
Sebenarnya, Jambatan Kaca Tamparuli bukan yang pertama di Sabah. Kiranya sudah yang kedua. Pertamanya di Yong Farmstay, Tenom.
 
Jambatan Kaca Tamparuli menjanjikan pengalaman pasti menarik. Suasana dengan keindahan semul jadi memukau setiap pengunjung. Lupa seketika perasaan gayat dan takut. Layan sahaja keindahan alam. Paling menarik pemandangan dan suasana ketika matahari terbenam. Menikmati indahnya ciptaan Allah.

Jambatan Gantung Tamparuli

No comments:

Post a Comment