Durian D159 berasal dari Kota Sarang
Semut, Kedah. Ciri-ciri durian yang dikenali monthong dan batang mas ini ialah
buah sangat besar sehingga mencapai berat 4 hingga 6 kilogram sebiji. Nama lain
adalah bantal mas.
Bentuknya bujur panjang dan hujung buah tajam. Duri berwarna perang dan kasar.
Ulasnya besar, isi tebal, berwarna kuning emas, rasa yang manis, tekstur isinya halus dan berkrim dan kurang beraroma. Peratus isi buah ialah 30-35 peratus.
Ia termasuk daripada jenis Thailand. Rasanya lemak manis. Ia didaftarkan di Jabatan Pertanian pada 30 Jun 1987.
Batang mas jenis pokok rendah dan mula berbuah selepas tiga atau empat tahun ditanam.Terkenal di kawasan kawasan utara Semenanjung.
Pokok sederhana besar, senang hidup apabila ditanam dan tahan kepada keadaan kering. Hasil purata sepokok (beruumur 10 tahun) ialah 60-100 biji semusim dan purata berat buah diantara 3.0-5.0 kg. Tempoh matang buah diantara 130-140 hari selepas bunga kembang.

No comments:
Post a Comment