Thursday 21 December 2023

VARIETI DURIAN D160 TEKKA

 
Durian D160 yang berasal dari Banting, Selangor mempunyai ulas besar dan tebal. Ia didaftarkan di Jabatan Pertanian pada tahun 1987. Durian D160 turut dikenali dengan nama Durian Tekka. Antara ciri lain durian ini ialah buah besar dan berbentuk bujur panjang. Isinya berwarna jingga. Rasanya lemak manis dan sedikit pahit. Kualiti buah baik.

No comments:

Post a Comment