Wednesday, 20 December 2023

DURIAN D163 HOR LOR

 
Durian D163 yang berasal dari Balik Pulau, Pulau Pinang mempunyai ulas sederhana tebal. Ia didaftarkan di Jabatan Pertanian pada tahun 1987. 

Durian D163 turut dikenali dengan nama hor lor atau hortor.  Nama lain D163 ialah durian labu.  Dinamakan durian labu kerana bentuknya lonjong seperti labu air. 

Antara ciri lain durian ini ialah buah sederhana besar dan berbentuk bujur. Isinya berwarna kuning dan rasanya lemak manis. Kualiti buah baik. 

Durian D163 memang terkenal di Balik Pulau dan menjadi pilihan ramai. 





No comments:

Post a Comment