Monday, 11 November 2024

WANG KERTAS DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN MAINAN

 
Lebihan wang dalam edaran boleh mendatangkan kesan buruk kepada ekonomi. Kadar inflasi akan meningkat sehingga harga barangan meningkat berkali ganda. Fenomina ini berlaku di negara kita ketika era penjajahan Jepun. Mata wang Jepun yang dikenali “wang pokok pisang” jatuh nilainya yang teruk.
 
Perkara ini juga berlaku di banyak negara apabila inflasi tidak terkawal. Wang dianggap tidak mempunyai nilai, tetapi masih digunakan biarpun terpaksa menggunakan jumlah wang yang banyak untuk membeli sesuatu. Malah wang yang asalnya amat dihargai, apabila nilainya jatuh, ia digunakan sebagai bahan mainan oleh kanak-kanak dan ibu bapa pula tidak kisah.
 
Contohnya, seperti kanak-kanak di dalam gambar ini. Gambar seorang kanak-kanak di Jerman yang dirakam pada tahun 1923.
 
Kanak-kanak dalam gambar tersebut menggunakan wang sebenar untuk membuat “bangunan” yang disusun meninggi. Wang kertas yang diikat tongkol itu tentu sekali jumlahnya banyak.
 
Mengapa kanak-kanak itu bebas bermain dengan wang kertas? Kaya sangatkah ibu bapanya?
 
Keadaan itu berlaku apabila nilai mata wang Jerman jatuh teruk setelah kalah dalam Perang Dunia Kedua. Akibat kekalahan itu, negara-negara lain yang pernah diserang oleh Jerman dan mengalami kerugian akiat peperangan meminta pampasan ganti rugi.
 
Untuk memenuhi tuntutan itu, kerajaan Jerman terpaksa mencetak lebih banyak wang tanpa mempunyai cagaran. Pada masa sama, perniagaan atau aktiviti ekonomi pascaperang akan teruk.
 
Ketika keadaan ekonomi ekonominya yang teruk, tindakan Jerman mencetak banyak wang membuatkan keadaan inflasi naik menggila dan duit yang dicetak terlalu banyak itu akhirnya menjadi tidak bernilai.
 
Diceritakan juga, rakyatnya terpaksa bawa duit kertas yang banyak dalam kereta sorong hanya untuk membeli sebuku roti atau sebotol susu di kedai.
 
Dan jika ada yang dirompak di tengah jalan, perompak akan tinggalkan duit dan hanya mengambil kereta sorong tersebut.
 
Barang seperti kereta sorong jauh lebih bernilai kerana boleh diguna sebagai pertukaran (barter) untuk membeli barang lain.

No comments:

Post a Comment