Seramai 455 orang veteran Angkatan Tentera
Malaysia (ATM), balu serta wakil waris telah menerima Pingat Jasa Malaysia
(PJM) yang disampaikan oleh Panglima Angkat Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’
Seri Mohammad bin Ab. Rahman.
Majlis penyampaian Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 1 November 2024 itu dikoordinasikan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).
Penganugerahan PJM adalah bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada anggota ATM di atas sifat keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan mereka semasa berhadapan dengan ancaman pengganas komunis suatu ketika dahulu.
Sesuai dengan tarafnya sebagai "campaign medal" yang berlandaskan pengorbanan dan perjuangan yang tidak berbelah bahagi semasa darurat dahulu, PJM telah dimartabatkan sebagai pingat yang lebih kanan dalam susunannya berbanding dengan anugerah-anugerah yang sama kelas dengannya seperti Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-bangsa Bersatu (PNBB) dan Pingat Perkhidmatan Setia (PPS).
Foto oleh: Pbt Siti Nurqurratu 'Ain Nabilah binti Roslan dan MK 8 Bgd

No comments:
Post a Comment