Kuala Selangor pernah dihubungkan dengan Kelang melalui landasan
kereta api Landasan tersebut yang
dikenali Landasan Kereta Api Kuala Selangor bermula dari Simpang Jambatan
Connaught ke Kuala Selangor.
Laluan sejauh 48 kilometer ini telah dibuka secara
berperingkat mulai tahun 1912 sehingga tahun 1914.
Tujuan landasan ini dibina dan dibuka adalah untuk
pengangkutan barang-barang keluar dari daerah Kuala Selangor terutamanya getah
dan ubi kayu ke Kelang. Barang itu kemudian dieksport melalui Pelabuhan Swettenham
atau dibawa ke Kuala Lumpur.
Manakala barang-barang yang dibawa masuk dari Kelang
merupakan barangan makanan, keprluan harian dan barangan petroleum.
Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Federated Malay States
Railway (FMSR)
Gambar atas - Jambatan
Connaught pada tahun 1922
No comments:
Post a Comment