Setiap kali tibanya musim korban, amalan ibadah ini membuka
ruang untuk kita berbuat baik, bukan saja kepada sesama manusia, tetapi juga
kepada alam sekitar.
Namun sayangnya, masih berlaku perbuatan membasuh najis dan
perut lembu terus ke dalam sungai. Niat mahu membersih, tapi tindakan ini
membawa lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan
.
Pengendalian organ dalaman dan najis:
- Jarak sekurang-kurangnya 50–100 meter dari sungai, longkang atau sumber air awam.
- Perut dan usus tidak boleh dibasuh di sungai.
- Sediakan lubang najis/tong najis khas yang dikambus selepas digunakan.
- Najis dan organ buangan dikumpulkan dalam plastik hitam tebal dan dihantar ke tapak pelupusan.
- Sisa haiwan ditanam dalam lubang dalam, jauh dari sungai dan rumah.
- Jangan biarkan sisa terbuka atau dimakan haiwan liar.
.
Sungai itu hidup. Ia bukan tong sampah. Dan setiap air yang mengalir akan sampai ke tubuh manusia juga, kita sendiri atau anak kita nanti.
Sumber: Public Health Malaysia

No comments:
Post a Comment