Sunday, 15 June 2025

KAPAL LCS 1 TELAH DILUNCURKAN KE AIR

 
Kapal Littoral Combat Ship (LCS) yang dibina oleh Lumut Naval Shipyard (LUNAS) telah diluncurkan ke air pada 23 Mei 2024.  Kapal LCS 1 untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu kini berada dalam fasa Setting to Work (STW) sejak Mei 2025. Kapal ini dijadualkan menjalani pelayaran laut pertama (First Sea Trial) pada Disember 2025.
 
LCS 2 pula telah diturunkan ke air pada 8 Mei 2025 dan dijangka memulakan fasa STW pada September tahun ini.
 
Sementara itu, pembinaan LCS 3 hingga LCS5 berjalan mengikut perancangan dan dijangka siap serta diserahkan secara berperingkat, bermula dengan LCS 3 pada tahun 2027 dan diikuti kapal-kapal berikutnya pada selang lapan bulan dengan LCS 5 dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029.
 
Secara keseluruhan, sehingga 25 Mei 2025, status semasa pembinaan lima buah kapal LCS milik TLDM kini telah mencapai 72.43 peratus.
 
Kementerian Pertahanan bersama kesemua pemegang taruh utama seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara terus melaksanakan pemantauan secara teliti bagi memastikan tindakan intervensi dapat diambil secara proaktif oleh pihak LUNAS demi kelancaran pelaksanaan projek strategik negara ini.
 

No comments:

Post a Comment