Monday, 4 September 2017

Dosa tidak bayar hutang

Dosa tidak membayar hutang dengan sengaja amat besar. Allah tidak mengampun dosa kesalahan berkaitan hutang, selagi tidak dijelaskan atau pemberi hutang merelakannya. 

Sabda Rasulullah bermaksud: “Semua dosa orang yang mati syahid akan diampuni melainkan hutangnya.” - (Hadis riwayat Muslim). 

Roh penghutang yang sengaja tidak mahu membayar hutangnya, sedangkan dia mampu menjelaskannya, akan tergantung di antara langit dan bumi, selagi hutang itu tidak dijelaskan oleh warisnya atau dihalalkan oleh pemiutang. 

Maka wajib bagi waris menjelaskan hutang si mati menggunakan harta peninggalannya. Haram bagi waris mendapatkan harta peninggalan si mati yang masih mempunyai hutang. Harta itu perlu digunakan untuk membayar hutang, dan jika ada baki baru boleh diagih-agihkan kepada waris.

Pun, bagi pemiutang yang ingin menghalalkan hutang si mati atau yang hidup sekalipun, dengan kerana sesuatu sebab difikirkan perlu, maka sikap itu adalah lebih baik baginya. 

Tegasnya, biarpun berhutang itu harus, ia tidak digalakkan. Berhutang harus jika ia satu keperluan yang membawa kebaikan.  

Berbelanjalah mengikut kemampun. Allah tidak suka hamba-Nya yang berlebih-lebihan dalam soal makan dan perbelanjaan.  

No comments:

Post a Comment