Sunday, 22 May 2016

PUNCA LEMAH TENAGA BATIN

Penyakit lemah tenaga batin atau mati pucuk paling ditakuti lelaki. Kesan penyakit ini turut ditanggung isteri sehingga menggugat keharmonian rumah tangga. Jadi, jangan ambil mudah soal suami tidak kuat. Punca lemah tenaga batin boleh disebabkan oleh fisikologi dan psikologi.

Punca lemah tenaga batin disebabkan fisikologi berkait rapat dengan keadaan badan, terutama aliran darah. Ketegangan zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan darah memasuki dan dikekalkan dalam zakar. Jika darah terhalang memasuki zakar ketika menerima isyarat ghairah dari otak, maka ia tidak dapat tegang dan tidak akan berfungsi.

Terdapat banyak sebab aliran darah terhalang memasuki zakar. Pertamanya disebabkan pembuluh darah tersumbat oleh kolestrol atau lemak tepu. Aliran darah menjadi perlahan atau tidak banyak yang berjaya memasuki zakar. Keduanya, salur darah 'tersepit' disebabkan kecederaan yang menghalang pengaliran darah menuju ke seluruh zakar.

Mati pucuk psikologi adalah di mana kegagalan tegang disebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan fisikologi. Ketiadaan keyakinan diri untuk melakukan hubungan seks menjadikan zakar tidak tegang dan hilang ghairah.

Banyak sebab kehilangan keyakinan diri seperti tidak yakin dengan kondisi zakar yang dirasakan kecil dan pendek. Berasakan diri tidak hebat dan perkasa berbanding orang lain. Terlalu memikirkan tentang kehendak seks isteri juga boleh menyebabkan tekanan sehingga gagal beraksi.

Memandangkan lemah tenaga batin psikologi berpunca daripada emosi dan tanggapan, maka ia perlu diatasi dengan cara sama. Suami perlu yakin pada kemampuan diri. Lakukan dalam keadaan santai dan gembira. Isteri pula perlu menerima dengan seadanya.

Untuk mengatasi masalah ini, jangan terlalu fikirkan tentang seks. Anggap perkara itu lumrah yang akan berlaku secara tindakbalas emosi dan fizikal apabila suami isteri berada bersama.

Suami perlu menerima keadaan diri secara seadanya. Usaha melihat filem prono yang mana pelakonnya melakukan aksi yang hebat dan mempunyai zakar yang besar serta panjang. Ia akan memberi kesan emosi dan hilang yakin diri.

Elak juga berbincang soal seks dengan rakan yang sebenarnya rata-rata akan 'berbohong' mengenai keupayaan masing-masing. Kita akan tertekan mendengar kehebatan dan tahan lama rakan, sedangkan merasakan diri tidak begitu. 

No comments:

Post a Comment