Friday, 22 December 2017

BIAR KALAH BERMARUAH TIDAK MUDAH MENYERAH

Kalau kekalahan terpaksa dihadapi, biarlah kalah bermaruah. Maksudnya walaupun kita gagal, sebenarnya kita telah melakukan usaha yang terbaik. Tidak mudah menyerah kalah.

Gagal bukan bermakna kita gagal selamanya. Gagal itu mungkin menjadi ubat dan penawar yang mujarab untuk memberi rawatan buat rohani mahupun jasmani.

Gagal itu mengajar kita supaya lebih bersedia untuk mengharungi cabaran yang mendatang. Secara harusnya mungkin kegagalan itu rupakan ujian yang telah Allah berikan buat kita hamba-hamba yang disayangi-Nya.

Berusaha bukan dengan hanya 'kuat' berusaha. Kita kena bijak merancang untuk berjaya. Ada orang yang tidak bersedia untuk berjaya, menolak peluang yang ada.

Jadi jangan mudah mengalah sebelum penamatnya berakhir. Kegagalan itu memberi peluang untuk kita kembali bersedia untuk terus bertempur.

Atur strategi baru guna pengalaman kegagalan itu untuk menang dalam medam perperangan berikutnya.

Jangan malu untuk kalah. Sebaliknya malulah kerana tidak pernah berusaha. Kalah setelah berjuang adalah kalah yang bermaruah.

Terus berusaha memperbaiki diri dari sudut kelemahan kita. Tingkatkan semangat dan terus berjuang.

Teruskan usaha kerana Allah memberi pahala bukan berdasarkan kepada apa yang mampu kita capai. Allah tetap membalas pahala kebaikan kepada setiap usaha ke arah kebaikan dilakukan.

Kita berusaha untuk kehidupan di dunia dan akhirat. Jika tiada kejayaan dicapai di dunia, Insya-Allah di akhirat nanti kejayaan akan dikecapi.

Jangan padamkan obor usaha. 

No comments:

Post a Comment