Sunday, 24 December 2017

PERMAINAN DAHULU BENTUK HUBUNGAN MESRA

Indahnya permainan tradisional ini adalah kerana kita tidak boleh memainkannya seorang diri, kita perlukan sekumpulan orang untuk memainkannya.

Rumah dahulu letak jauh-jauh dan tidak ramai penduduk. Jadi, hendak main sesuatu permainan, kadang-kadang kena pergi kampung sebelah.

Tidak kisah berjalan kaki sampai satu kilometer semata-mata hendak cari geng hendak bermain. Kalau ada basikal buruk tu kira sudah bernasib baik.

Secara tidak langsung ini akan dapat mengeratkan lagi perhubungan di antara satu sama lain. Bukan sahaja di kalangan anak-anak tetapi juga ibu bapa.

Begitu unik masyarakat Melayu dahulu kerana dengan permainan sahaja ia dapat alat perpaduan masyarakat.

Jauh berbeza keadaan sekarang. Anak-anak dengan gajet masing-masing. Boleh main dalam rumah seorang diri. Ada yang berkurung dalam bilik dengan gajet.

Gajet sekarang semakin maju, tetapi pada masa sama mengubah kehidupan kepada anti sosial. Masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain, melainkan rakan di sekolah.

Maka wujudlah generasi yang bersifat bagaikan enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

No comments:

Post a Comment