Saturday, 13 January 2018

KURANGKAN MAKAN MI SEGERA ELAK KESAN BURUK

Rakyat Malaysia gemar makan mi segera. Perisa mi segera memang menarik selera. Perisanya macam-macam jenis yang memberi banyak pilihan kepada peggemarnya.

Tambahan pula cara penyediannya mudah. Panaskan air dan masukkan mi segera bersama perencah yang disediakan. Tunggu beberapa minit terus dapat makan.

Pengedaran atau penjualan mi segera dibenarkan. Tidak salah makan mi segera. Apa dibimbangi adalah kesan buruk jika terlalu kerap makan mi segera sehingga menjadi makanan asasi.

Di dalam mi segera dan perencahnya terdapat bahan yang mendatangkan kesan buruk jika diambil secara berteruskan.

Antara kandungan yang mungkin terdapat dalam mi segera pilihan anda adalah:
- Kalsium sulfat - kapur paris.
- Asid tartarik - bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. 
- Kalsium oksida - digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
- Tertiary butylhydroxyquinone (TBHQ) - produk berasaskan petroleum. 
- BHT- risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal
- Propyl gallate - satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
- Pentasodium triphosphate - bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
- Propylene glycol - pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
- Polydimethylsiloxane - digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Penggunaan bahan-bahan itu memang dibenarkan dalam makanan mengikut piawaian antarabangsa. Namun, jika dimakan terlalu kerap, dan ditambah pula cara hidup tidak sihat, kesan keburukannya menjadi lebih ketara.

Jadi, langkah bijak untuk mengelak kesan buruk akibat makan mi segera ialah kurangkan pengambilannya dalam kadar satu atau dua kali seminggu sahaja.

Atau lebih baik jika tidak makan langsung mi segera. Pilihlah makanan lebih sihat sebagai menu harian anda.

No comments:

Post a Comment