Buah sukang terkenal di Sabah. Ia jenis durian eksotik kerana agak berlainan berbanding dengan jenis durian lain. Isi sukang agak tebal dan warnanya yang kuning menyebabkan ada penggemar durian menggelarnya musang king Sabah.
Durian banyak jenis. Setiap jenis ada
kelebihan atau keistimewaan sendiri. Malah setiap jenis durian ada
penggemarnya, biarpun mungkin tidak digemari oleh orang lain.
Semakin banyak baka durian telah ditemui kini dan diperkenalkan kepada orang ramai. Baka-baka tersebut amnya amat enak menampilkan pelbagai cita rasa, sama ada manis, berlemak, pahit dan sebagainya.
Namun begitu, ada baka durian yang masih belum dikomersialkan kerana kurang tahu oleh orang ramai di samping juga tidak ditanam dengan banyak.
Durian hutan atau juga dikenali durian sukang adalah di antara yang kelihatan lebih sesuai dijadikan durian eksotik daripada durian komersial. Sukang amat terkenal di kalangan penduduk Sabah. Buah sukang dianggap spesies durian eksotik kerana agak berlainan dengan jenis durian lain.
Durian sukang bersaiz kecil kira-kira 200 gram – 300 gram sebiji. Buahnya bulat dan nampak besar kerana durinya panjang, tetapi apabila dibuka isinya hanya ada tiga atau dua ulas sahaja. Bahkan, dalam banyak kes, dalam sebiji sukang hanya ada satu ulas.
Isi sukang agak tebal dan warnanya yang kuning menyebabkan ada penggemar durian menggelarnya 'musang king' eksotik Sabah.
Buahnya berwarna hijau terang ketika mentah dan bertukar hijau kekuningan apabila masak sebelum gugur, namun ada juga sesetengah pokok yang buahnya masak masih berwarna hijau terang apabila gugur.
Dari segi luaran, durian sukang berwarna hijau dan mempunyai duri yang panjang dan tajam. Ini salah satu ciri yang amat berbeza dengan durian biasa. Isi buah berwarna kuning, tebal, berlemak dan manis.
Di tempat lain buah sukang seakan-akan buah durian daun. Terdapat banyak persamaan antara buah sukang dengan durian daun biarpun tidak semuanya.

No comments:
Post a Comment