Durian Beserah merupakan sejenis buah
durian kahwin yang popular dalam kalangan penggemar raja buah itu sejak sekian
lama kerana tanaman itu hanya terdapat di Kampung Beserah, Kuantan, Pahang.
Musim buah ini antara Ogos dan September
dan ia laris dijual meskipun harganya mencecah RM50 sekilogram.
Isi kuning dengan rasanya lemak manis
"melekat" menjadikan ia rebutan ramai.
Tiada maklumat mengenai nombor pendaftaran klon
durian ini dengan Jabatan Pertanian. Tidak pasti sama ada ia adalah klon D145
yang juga dikenali dengan nama tuan mek hijau.
Gambar Zulfaidi Muhammad | BERNAMA
No comments:
Post a Comment