Istilah mantik atau logik pertama kali muncul pada abad pertama Sebelum Masihi tetapi dalam erti “seni berdebat”. Alexander Aphrodisias sekitar awal abad ke-3 Masihi adalah orang pertama yang menggunakan kata ‘logik’ dalam definisi ilmu yang menyelidiki benar tidaknya pemikiran manusia.
Yunani adalah negeri asal ilmu mantik kerana banyak penduduknya yang mendapat
kurniaan otak cerdas. Negeri Yunani, terutama Athens diakui menjadi sumber
berbagai ilmu.
Socrates, Plato, Aristotles dan
banyak yang lainnya adalah tokoh-tokoh ilmuan kelas pertama dunia pada masa itu
yang tidak ada ilmuan global tidak mengenalnya sampai sekarang dan akan
datang. Namun, Aristotles diangkat sebagai guru utama ilmu mantik.
Akan tetapi, meskipun Aristotles terkenal sebagai “Bapa Logik”, itu tidak
bererti bahawa sebelum dia tidak ada ilmu mantik. Para ilmuan dan ahli falsafah
sebelum Aristotles menggunakan mantik sebaik-baiknya. Namun, Aristotles
adalah orang pertama yang membentangkan cara berfikir yang teratur dalam suatu
sistem.
Dalam masyarakat Islam, perkembangan ilmu mantik telah lahir seiring dengan
perutusan Nabi Muhammad SAWlagi. Di mana melalui hadis Baginda terdapat
penuturan yang sememangnya menggunakan logik dan kebenaran berita yang
diperkatakan semuanya benar tanpa sebarang pertikaian lagi.
Seterusnya pertumbuhan ilmu mantik
dalam masyarakat Islam adalah ekoran perselisihan umat Islam dalam persoalan
Imamah khasnya saat akhir pemerintahan khalifah al-Rasyidin dan awal
pemerintahan khalifah Bani Umaiyyah. Perselisihan tersebut telah merebak kepada
persoalan akidah yang akhirnya terbentuk puak Khawarij, Syiah dan Ahli
al-Sunnah.
Antara lain, pada abad kedua hijrah telah muncul ulama mujtahid dari kalangan
al-Tabiin dan Tabi al-Tabiin yang menggunakan kaedah al-Qiyas dalam ilmu Usul
al-Fiqh, khasnya untuk istinbat.
Selain dari itu, Imam Syafie
juga telah menggunakan kaedah al-Istiqra untuk memastikan tempoh haid yang
paling singkat dan yang paling lama terhadap wanita.
Secara langsungnya, ilmu mantik mempengaruhi dan bertapak dalam masyarakat
Islam adalah ekoran perkembangan ilmu al-Kalam. Tokoh terkenal yang
membincangkan tentang ilmu tersebut seterusnya mendukung aliran Ahli al-Sunnah
Wa al-Jamaah ialah Abu Hassan al-Asyary dan Abu Mansur al-Maturidi.
Mereka bangkit mempertahankan
aliran Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah dengan menggabungkan dalil akal berserta
al-Quran dan Hadis untuk berhujah dan mengukuhkan akidah. Contohnya, kewujudan
alam dan cakerawala yang begitu besar dan teratur membuktikan kewujudan Allah
SWT sebagai Pencipta Mutlak.
Selain itu, ulama Islam juga telah mempelajari ilmu mantik dan menggunakan
hujah serta logik akal untuk berdebat dengan ahli al-Kitab dan Parsi yang
menggunakan falsafah dan mantik untuk berdebat dengan orang Islam.
Di samping itu, ulama Islam
mempelajari mantik untuk berhujah dengan golongan Atheis dan al-Dahriyyun yang
tidak mengakui kewujudan Allah SWT dan menolak pendapat mereka yang mengatakan
alam ini terjadi dengan sendiri.
No comments:
Post a Comment