Badan
kerbau nampak tegap dan kuat serta tahan lasak. Namun tahukah ada bahawa kerbau
sebenarnya binatang yang tidak tahan panas. Sebab itu kerbau perlu berkubang di
dalam lumpur untuk menyejukkan badan.
Penternak
kerbau akan memandikan kerbau jika tidak ada kubang atau tempat berair untuk
kerbaunya berkubang. Sekiranya kerbau itu tidak dimandikan mungkin kesihatan
haiwan akan terjejas selain menimbulkan masalah.
Kerbau
sensitif dan perlu berkubang atau berendam untuk menyejukkan suhu badannya.
Jika dalam keadaan panas boleh menimbulkan kemurungan, tidak selesa, menjadi
ganas, tidak menentu dan kurang sihat kepada kerbau.
Bagi
kerbau, berkubang penting kerana membantu menyihatkan dan membesarkan saiz
tubuhnya supaya lebih sihat.
Kerbau
mempunyai naluri untuk menyediakan sendiri tempat berkubang. jika di kawasan
itu tidak ada kubang atau lumpur. Kerbau akan mencari lopak air dan mula
berguling di tempat itu.
Pada
masa sama kerbau akan menyondol dengan tanduk dan kepalanya untuk membina
lubang yang lebih luas. Masa hari hujan, air akan bertakung dan memudahkan lagi
kerbau berkubang dan terus meluas serta mendalamkan kubang yang dibuat itu.
Kubang
yang dibuat kerbau itu digunakan secara berterusan seperti sebuah ‘rumah’ untuk
‘berteduh’ semasa panas. Sebab itu ada kubang di tengah-tengah padang atau
bendang.
Lumpur
yang melekat di badan kerbau menjadi 'baju' untuk mengelak cahaya matahari
terus terkena pada kulit atau belulang kerbau. Sebab itu kerbau akan kembali
berkubang apabila semua lumpur telah tanggal di badannya.
Disebabkan
kerbau sentiasa membawa lumpur pada badannya, maka ada pepatah Melayu, seekor
kerbau membawa lumpur semua akan terpalit sama. Tetapi hakikatnya, dalam
kumpulan kerbau boleh dikatakan semua membawa lumpur atau ada lumpur pada
bahagian badannya.
No comments:
Post a Comment